GAYONG

ERTI GAYONG

Ga – Genggam

Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.

Alif – Angkat

Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.

Ya – Yakin

Yakin kepada kebolehan diri sendiri

Wau – Waras

Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.

Nga – Ngeri

Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.

WARNA GAYONG

PUTIH

KesucianSilat Seni Gayong adalah bebas daripada sebarang

unsur yang membawa kepada keburukan dan kehancuran.

HITAM

Bayang-bayang/Rahsia – Merupakan sosiostatus manusia yang tidak

membezakan ahli-ahli silat dari segi warna kulit dan darjat. Hitam juga

membawa konotasi rahsia iaitu ilmu Silat Seni Gayong mempunyai

pelbagai rahsianya (…rahsia tersimpan di purbakala,ilham menyusun

zahir semula.)

KUNING

Beraja/berdaulat – Silat Seni gayong adalah seni mempertahankan diri

warisan bangsa Melayu.

MERAH

Berani/Kepahlawanan – Setiap ahli dipupuk semangat berani

menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Ahli Gayong

juga bersemangatkan darah kepahlawanan

PETUA LANGKAH GAYONG/ LANGKAH LAKSAMANA/LANGKAH HANG TUAH

Merupakan isyarat untuk mengetahui keselamatan diri ketika ingin memulakan perjalanan/perjuangan. Antaranya ialah:

1. Gersik di Pantai

2. Telur di Hujung Tanduk

3. Tunggul Rasulullah

4. Pagar Rakit

5. Sauh Tunggal

LAMBANG GAYONG

Lambang Gayong diilhamkan oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendita Za’ba di Singapura. Lambang Gayong asal terdiri daripada seekor naga sahaja.

Lambang yang menjadi lencana atau terpapar pada sijil Silat Seni Gayong mempunyai makna dan pengertian tertentu. Pengertiannya secara ringkas ialah ;


Bulan dan Bintang – Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia, Silat Seni Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup.

Bumi – Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong akan dikembangkan ke seluruh dunia khasnya untuk semua muslim.

Kalimah Syahadah – Mengisytiharkan aqidah murid Gayong yang berpegang kepada kalimah tauhid, iaitu pengesaan Allah SWT dan menjauhi syirik. Lingkungan kalimah syahadah yang mengelilingi bumi menunjukkan bahawa ajaran Islam akan disebar ke seluruh pelusuk dunia bersama-sama dengan perkembangan Silat Seni Gayong. Kalimah Ya Hayyu, Ya Qayyum selepas kalimah syahadah melambangkan agama dan kekuatan Islam adalah kekal abadi dan akhirnya menakluki dunia keseluruhannya.

Bejana Air – Simbolik kepada universaliti ilmu Silat Seni Gayong. Apa yang didapati atau dilihat pada senibela diri lain samada tempatan atau luar negera telah wujud dalam Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli yang tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Ia juga melambangkan kesatuan hati dan amal kerana muafakat. Bak kata pepatah Melayu, “Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana sepakat”. Murid Gayong mestilah berpadu kerana menegakkan yang hak.

Harimau – Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Ia menonjolkan identiti atau corak salah satu pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas dari sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, di kala tertentu sahaja ia akan menzahirkan ketajaman dan kekuatan cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.

Keris Bersilang – Simbolik kepada semangat Laksamana Terbilang Melayu Dato’ Hang Tuah dan Dato’ Hang Jebat, dua orang pahlawan Melayu yang masyhur lagi gagah berani. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah seni warisan bangsa yang asli dan tulen.

Naga – Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong bukan sahaja boleh diguna di darat bahkan juga di dalam air. Logo naga ini sebagaimana dipercayai telah dihadiah oleh Maharaja China kepada allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalannya semasa melawat negeri China dulu. Di sebalik maksud di atas, naga juga melambangkan allahyarham Dato’ Paduka Mahaguru sendiri, Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.

Pedang Bermata Dua – Melambangkan pedang Zulfaqar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir kalimah suci al-Quran bermaksud ‘Kemenangan daripada Allah dan kejayaan yang hampir’ di sepanjang mata pedang tersebut. Ia bertujuan mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman Jahiliyyah dan keagungan Khilafah Islamiah.

Hitam Chula VII – Melambangkan Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negara, bengkong peribadi allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Di sebalik lambang tersebut, ia bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar halatuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diselewengkan.

TEMPAT BERSEJARAH GAYONG

Terdapat empat tempat sejarah Gayong seperti yang pernah dinyatakan oleh Allahyarham Dato’ Mahaguru, iaitu:

1. Padang Antah Berantah di Beruas, Perak(tempat terdirinya kerajaan Gangga Negara)

2. Padang Sanai di Kedah(kawasan Mahaguru dikhatamkan)

3. Pulau Sudong di Singapura(tempat bermulanya Gayong diperkenalkan semula)

4. Sedili di Johor(tempat “pengakhiran Gayong”)

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: